Empowering plus-size women to feel and look their best since 2012.

Belajar Cara Wanita Ini Membalas Kutukan Mengenai Tubuhnya


Archive photo
Hai semua, hari ni nak cerita pulak mengenai cara wanita ini membalas komen-komen menyakitkan hati mengenaikan berat badannya. Jika hendak baca original article dari Refinery29, klik di sini.

Lexie Manion adalah seorang yang mempunyai ramai followers di Instagram dan merupakan seorang wanita plus size. Dia dah biasa menerima dan membaca komen yang menyakitkan hati tentang tubuh badan dia. Namun tetapi, dia masih tetap konfiden dengan rupa dirinya - walaupun dah selalu menerima komen yang mengatakan bahawa orang berbadan besar malas dan menjijikkan, walaupun berpakaian kemas dan cantik.

Macam mana reaksi kita bila terdengar komen negatif pasal kita? Biasanya reaksi kita negatif... contohnya mengutuk balik,marah dalam diam, depressi dan sebagainya...

Mula-mula, si Lexie ingat nak privatekan Instagram dia supaya boleh mengawal jenis followers dia (ada yang jahat gila... bagi komen kata dia tak lama lagi nak mati!). Dulu, dia juga fight balik dengan ayat yang sarcastic juga - tetapi troll-troll dan keyboard warriors tetap tidak mengalah dengan kutukan dorang.



Pada suatu hari, dia ada idea baru... dia PM pengutuk-pengutuknya... dia memberi komplimen dan pujian yang ikhlas kepada dorang... "Cantiknya senyuman awak", "Saya suka nama awak - amat unik dan cantik", "Lawanya baju awak" dan sebagainya...

Dalam kira-kira 30 PM yang dia hantar - hanya dua orang sahaja yang meminta maaf... dan yang lain tidak membalas dan tidak meninggalkan komen jahat kepada dia lagi.

Kini, bila ada yang menyerang Instagram dia dengan komen-komen negatif (sesuatu perkara yang tiada sesiapa yang boleh kawal di era Internet ni) - dia tahu cara yang efektif untuk melindungi perasaan dan minda dirinya... dan juga memberi contoh yang baik kepada orang. Bak kata lagu Selena Gomez "kill them with kindness"!

No comments